Dashboard | Follow
Ct Katie :)
Monday 8 July 2013 • 02:13 • 0 comments

Assalamualaikum , bertemu kembali kita di entry yg baru iaitu Hari Kantin + Sweet memory . Acecehh , jet jet pengacara . Hari ni free sikitt nak update . Mana taknya aku tak pegi sekolah . Bangon lambat punya pasai . Okay , hari sabtu , 6.7.2013 sekolah aku yg dicintai dan disayangi iaitu SMK Doktor Burhanuddin telah mengadakan Hari Kantin . Yeahh , nak kata meriah tu tak lah meriah mana , kalau ikutkan tahun lepas meriah lagi . Yalah , tahun lepas ada persembahan nyanyian dekat dewan , persembahan silat kott aku rasa n macam macam lagi lah . Tahun ni takdak persembahan apa ponn . So , sedikit boring . But itu semua tak melunturkan semangat aku nak enjoy dengan member member aku yg comel lagi menawan -adila , azwa , bella , umi- 

Dalam pukol 8.30 macam tu aku , bella dengan azwa jalan jalan dulu tengok apa apa yg patot sementara tunggu adila dan umi . Okay , aku bella n azwa pakat nak pakai jersey sofbol sama sama . Hahaha , macam kembar tiga sejoli dah aku tengok . Dahlah warna hijau , macam nak berarak dah . err , paham paham jelah . But , warna biru tetap di hati kay . Sambil sambil jalan tu tiba tiba azwa buat isyarat mata suroh aku pandang belakang lah kott rasanya . aku pon pusing lah belakang then nampak LH . Wahh , heartbeat sekejap . hahaha . aku pon tegor lah dia . lepastu sembang lah dengan dia satt . sebenarnya aku tak berapa nak dengar apa yg dia cakap . Dengan suara DJ yg bingit gila nak mampuss . Boleh pekak 40 hari gegendang telinga aku ni rasanya . Tapi aku buat buat paham jelahh hahahaha . Then dah habis sembang aku pon continue jalan jalan balik . Lepastu bella ajak aku n azwa p makmal biologi . Ada pameran and ambil darah nak tahu darah jenis apa . Hishh , aku bab bab main dengan jarum ni memang aku kecot perot . So , jangan haraplah aku nak ambil darah semua ni . Lepastu aku ternampak benda alah dekat dalam balang dekat belakang . Bila aku p dekat . Rupa rupanya binatang yg memang tergolong dalam list "MENGGELIKAN" dekat dalam balang tu . Hishh , nak tahu bintatang apa ? Haa , antaranya ialah katak , biawak , ular , kalajengking n banyak lagi lah . Malas nak ingat -,-

Dalam pukol 9 lebih adila sampai . Nampak adila teross aku naik teruja nak mamposs . Macam dah bertahun tak jumpa sedangkan baru berapa jam . Lepastu aku tarik adila ikut aku p jalan jalan nak cari makanan untuk mengisi perot yg mula bergendang gendang . Lepas dah makan semua tunggu umi pulak . Nak berbulu satu badan ni tunggu dia . Bapakk lamaa . Nak dekat berjam jam tunggu barulah nampak lubang hidung umi dari jauh . Okay tipu . Umi mai dengan kakak dia . Kata umi dia accident tadi . Dia cakap time dia bukak pintu kereta tiba tiba ada motor yg bapakk laju macam pelesit terlanggar pintu tu . Haa , habes kaki mamat tu tergilis dekat jalan raya . Auww , cannot imagine . Sakittt wooo . So , moral - bawak lah lagi laju laju bagi kasi nyawa tu cepat cepat naik ke atas - Okay stop . Lepastu , kitaorang pon tawaf dah nak dekat berpuluh puluh round . Aku pulak dok kebass kupon umi jaa . yang kupon aku dok simpan dalam poket . hahaha , nak berjimat kay . Bukan berjimat but kedekut namanya hahahaha

Lepastu aku hantar meseg dekat TL . Haa , ingat tak TL tuu ? Aku ada cerita pasai dia dalam entry yang lepas . Aku tanya dia nak mai ke tak . Meseg punya meseg pastu dia cakap nak mandi dulu . Okay tapa aku tunggu . Demi hang punya pasaii . Hahahaha >.< . Time tu umi suroh teman dia p dekat pondok nak balik . Okay aku pon teman alang alang tu tunggu TL sekali . Then TL hantar meseg cakap dah sampai tapi dekat hujung jalan nak masuk sekolah . Dia ingat aku larat ka nak p amik dia dekat sana . Aku pon call dia suroh mai masuk sekolah . Selagi aku tak call selagi tulah dia dok bertapa dekat sana . Cehh , malu katanya . Err , malu mengalahkan bapok tua . Bila dah nampak dia , aku pon lambai lah dekat dia . Then , teman dia jenjalan . Nasib lah time tuu tak ramai orang . Kalau tak mauu nya digosip masuk meletopp hahaha . Okay over . Lepas dah jenjalan belanja dia air dengan keropok lekor berbekalkan kupon aku yg setia disimpan dalam poket nii , aku pon lepak lepak lah dengan dia dekat pondok . Macam macam kitaorang sembang . Yang pastinya semua benda benda yg mengarut and tak mendatangkan moral langsung -,- .

Time tu , bella dengan nizam , azwa dengan aiman and aku pulak dengan TL . hehehehe . Umi dengan adila dah balik dah . Macam pasangan sejoli dah aku tengok . Sweet okayy hahahahahaha >.< . Time tu memang tak boleh nak digambarkan perasaan aku nii . Berbunga bunga bak hang . Macam macam bunga tumbuh dekat hati aku ni . Bunga taik ayam , bunga mawar , bunga raya , bunga ros , BUNGA CINTA . Acecehh , maluuuu tahuu >< . Biasalah first time face to face sembang lama lama macam ni kan . Bukan senang nak jumpa . Sembang punya sembang then nizam and aiman dah nak balik . So , dia pon nak balik jugak lahh . Even hati ni berat nak biarkan dia pergi . Cehhh ! Ayat macam gampang . Hahahaha , but memang betol ponn . Btw , aku rasa happy gila dapat jumpa dia even tak lama . Seriously happy like a diamond .

This for you my lovely TL ^^
                                                 
                                                 
                                           
                                       




Disclaimer

Hi and Assalamualaikum :) I'm Siti Khatijah . The owner of bloggie . Thanks for visiting . No harsh word here .


« Entries
« Author Bloggie
« Linkies
« Heartbeats


Playlist



Back to past



Credits



Template : Aulia Septiya
Full Edited : CtKatie