Dashboard | Follow
Ct Katie :)
Angan angan taik kucing :'(
Sunday 30 June 2013 • 03:30 • 0 comments

                         Hai , welcome back . Finally dah hari sukan . And aku rasa hari sukan tahun ni adalah hari sukan yg paling memenatkan jiwa , raga dan urat urat saraf aku . Tatau lah sebab apa . Cause tahun sebelum ni tak penah pulak penat bagai nak mampos mcam tahun ni . Maybe , berat badan semakin bertambah kott . Yeahh , normal lah umur semakin lanjut , kecomelan semakin bertambah . Opss ! hahaha , matang ? Err , no komen . Btw , even tahun ni aku rasa paling memenatkan but aku enjoy and happy cause dapat cikgu rumah sukan yg sporting , cool , comel , menawan and boleh dibuat kawan . Okay , terlebih memuji pulak but fakta okay ! Sapa lagi kalau bukan cikgu lailatul . Dialah yg paling semangat nak jadikan rumah perwira dapat johan . Tengok dia semangat macam tu apa lagi aku 1000 kali ganda semangat lahh . Dia slalu cakap 'kita enjoy ja yg penting buat yg terbaik' . Yeahh , kata kata semangat dari cikgu lailatul . ehh , kata kata dia tu melekat kukuh kay dekat dlam jiwa aku . Kalau tak jangan harap lah aku nak ingat macam belajar biologi gituu . Err , belajar biologi macam belajar bahasa orang asing yg tinggal dekat planet pluto . Tak paham satu patah haram ponn -,-


                          Okay , start pukol 7.30 semua rumah sukan kelam kelam nak siapkan diri apa apa yg patot untuk perbarisan . Rumah sukan aku iaitu rumah perwira buat tema yg berasaskan macam nak pegi perang . Dengan perisai bagai , kain batik bagi perempuan ikat dekat pinggang n lelaki pakai kain pelekat . Aku tengok budak lelaki dah rupa macam nak membajak sawah . Nasib baik lah rupa tu takdak iras iras muka pembajak . Kalau tak memang kena cop pembajak sejati lah habaq hang . Then , kak shero and syed hazman pakai angry bird duduk dekat depan skali . hahaha , serious comell . Dah lah depa dua tu memang sekutu sekutu keding . But , smart lah cenggini ✌. But , rumah perwira memang nampak lebih menyerlah daripada rumah lain . hahaha , hangpa adoo ?
 

                                  Dalam pukol 8 macam tu , acara perbarisan pon bermula . Kitaorang pon semangat sambil kawad tu jerit 'kiri kanan kiri kanan kiri kanan' . Sampai ja dekat depan khemah kitaorang pon lambai dengan semangatnya sambil tu kak puyi aka maskot jerit 'satu !' . Kitaorang sambung 'Malaysia !' . Wahh , semangat satu malaysia lah katakan . But , tiap tiap tahun asyik tema tu ja . Takdak perbaharuan langsong . Tapi serious kawad pbsm memang terbaik ahh . Nampak sekata ja . Dahlah baju warne putih . Terserlah kesuciannya . But luaran jelah nampak suci dekat dalam wallahualam . Dah habes perbarisan lepastu dengar pengetua n sapa entah berucap . selamatlah sat ja kalau tak memang kitaorang jadi asam keping lah dekat tengah padang tu . Dah habes semua kitaorang pon keluar baris nak siap untuk acara kejohanan balapan dan padang



                         Acara yg aku masok adalah 100m , 200m and 4x100m . Time nak lari 100m tu memang kecot perot lah bak hang . Nak terkentut nak terberak semua adalah . Dahlah tengok muka semua jaguh jaguh olahraga . Memang sengit lah . Tapi aku tawakal jelah . Then giliran kelas kedua pulak lari , haa , akulah tu . Pastu cikgu cakap 'kegarisan .....  sedia ..... mula !' . Lepas dengar cikgu tembak pistol , aku pon pecut sehabes mungkin . Tapi time sekerat jalan aku lari tiba tiba pulak urat dekat paha aku kejang . Perghh , memang perit gila . Rasa macam nak tercabut segala urat urat . Daripada aku pecut mengalahkan edward cullen teros lari macam siput khinzir huhh . Tapi alhamdulillah lah , aku dapat no 3 . Btw , aku tetap tak puas hati jugak . Tak pernah pernah aku injured time hari sukan tetiba tahun ni kaki aku gatai gedik pulak nak injured bagai . Huhh , nak buat macam mana kan . Benda dah jadi , redha jelah


                           Disebabkan kaki aku yg injured ni memang konfem konfem lah tak boleh lari dalam acara 200m . So , cikgu laila suroh mila gantikan aku . Actually , time final tak boleh main ganti sesuka hati . Nak buat macam mana kan terpaksalah tipu sunat , hehehe . Tapi entah macam mana boleh terkantoi pulak . Aduduhh , habes nama aku kena potong . Bak kata pepatah 'sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga' . Padan muka . So , rumah perwira memang tak dapat no dlam 200m . Sedih kay sedih . Then  , acara 4x100m pulak start . Aku yg injured ni terpaksalah gagahkan jugak diri ni . Disebabkan rumah perwira tercinta punya pasai kan . Aku pelari yg ke 3 . Time bella past beten dekat aku teros pecut even aku rasa kaki aku tak lama lagi dah nak tertanggal . Fuhh , memang sakit gila bakhang . Lepas dah past dekat mila , teros aku jatuh terduduk . Kaki kanan aku dah kejang tak rasa apa apa . Tapi , takdak rezeki maybe kitaorang dapat no 4 . Tapalah , pasrah jelah . Yang penting kitaorang dah buat yg terbaik


                          Lepas dah habes semua acara , semua kena berkumpul dekat hadapan khemah hadiah untuk upacara penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang . Sebelom start , rumah perwira paling kecoh jet jet macam jadi juara tahun ni . Mana taknya , cikgu pegi pasang lagu lagu jiwang yg semestinya menjadi kegilaan remaja masa kini . Macam konsert pulak . Konsert apa jadahnya tengah tengah panas . Btw , kitaorang semua enjoy . Then , acara penyampaian hadiah pon start . Time cikgu cakap 'tempat ketiga bagi acara 100m kelas dua telah dimenangi oleh Siti Khatijah Bt Badrul !' . Ehh , nama aku tuu , hohoho . Semua pakat sorak dekat aku . Wahh , kembang kempis lah hidung aku dibuatnya . Aku pon dengan banglanya bangon pegi amik medal dekat depan . Cehh , jet jet macam jadi johan sedangkan dapat no 3 jeponn . Okay , done bagi medal semua . Lepastu cikgu umumkan pemenang bagi perbarisan unit beruniform and sudah semestinya pbsm lah yg jadi juara . Seluttt lahh ! Then , johan bagi perbarisan rumah sukan dimenangi olehhh .... RUMAH PERWIRA ! Kitaorang apa lagi sorak sampai nak terkeluar anak tekak . Yalahh , bukan senang kan . Absolutely , cikgu lailatul lah yg paling gumbira . Tanpa kata kata semangat dia memang dalam mimpilah kitaorang nak dapat johan kan .


                          Lepas dah amik hamper apa semua , semua bangon untuk menyanyikan lagu negaraku . Dan sir peh buat keling apa tatau cakap nyanyi tanpa iringan muzik . Tapi bila kitaorang nak start nyanyi tetiba pulak ada muzik . Haiyooo . Keling sunggoh . Btw , macam bergema satu taiping tu dengan suara warga db . Seriously kuat plus semangat kitaorang nyanyi . Kan bagus kalau nyanyi kuat kuat macam ni time perhimpunan . Takdelah nak bernanah telinga ni dengar cikgu disiplin dok pok pek pok pek . Dah habes nyanyi maka berakhirlah sambutan hari sukan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin dengan rasminya . Tapi angan angan aku nak pulun semua medal emas tahun ni hanyalah angan angan taik kucing semata mata . Aku hanya dapat pulun 2 medal emas dan 2 medal gangsa . Btw , aku bersyukur sangat sangat
   
*Okay dah berjela aku update ni . Takot hangpa tak larat pulak nak baca . Sorry takdak pic nak ditayangkan cause aku tak bawak phone semalam . Lain hari aku masukkan kay . Okay , byee uollsss . Hope enjoy read this entry :****




Disclaimer

Hi and Assalamualaikum :) I'm Siti Khatijah . The owner of bloggie . Thanks for visiting . No harsh word here .


« Entries
« Author Bloggie
« Linkies
« Heartbeats


Playlist



Back to past



Credits



Template : Aulia Septiya
Full Edited : CtKatie